Tuesday, July 1, 2008

ISTANA JUGRA 1905

Awal bulan Jun lalu en.boss bagi tugasan yg amat mencabar sekali pada saya & rakan-rakan muda kat opis.... kena buat projek building conservation. Actually bunyi tugasannya taklah susah sangat...lebihkurang macam ni la commandnya:-

"You all pergi Banting, ambil gambar Istana Jugra seberapa banyak yang dapat, then ukur seluruh building luar dalam sampai kepuncak atap. Lepas tu balik ofis, draw balik pelan & pandangan seluruh bangunan. Sebulan lagi diorang nak tender..."

Jawapan kami pun senang jugak laa... "Ok boss...!!"
Dalam hati lain pula jawapannya..."Gila apa? Satu bulan nak siapkan pelan istana?" Kalau semua kat ofis ni buat projek ni pun belum tentu habis..."

Sebenarnya en.boss tak tahu betapa besar & luasnya compound istana lama tu. Saya tahu yang dia tak tahu sebab dia tak tahu pun kat mana Jugra tuh... Since saya dah pernah kesitu masa ambil gambar masjid Jugra dulu, saya pun cerita la kat dia sikit2 tentang istana yang dah lama ditinggalkan `kesepian' tu...

Dia cuma cakap..."We try our best..." We tu maksud sebenarnya `korang'... Korang tu maknanya saya & 2 rakan muda remaja kat ofis ni... sorang baru setahun bekerja & sorang lagi sedang buat praktikal... What else can I say... just get it over with!! Nanti periuk nasi terbang pulak...

Akhirnya ke sana lah kami, 100 km away... Kereta ofis tak ada, so kereta saya la yang jadi mangsa. 4 kali ulang alik baru la habis mengukur.. itu pun macam orang pakai seluar compang campeng, tak sempurna... Photo pulak ada la dekat2 seribu `keping' digital...

Selingan....
Masa mengukur tuh, buat2 tak dengar la bunyi2 pintu tingkap terbuka tertutup... anggap saja dipukul angin lalu... hehehe... Ada gak bilik & ruang yang camera Nikon saya tu tak dapat nak fokus... camera lens hanya bergerak ke depan & belakang. Bila 3 atau 4 kali cuba tak boleh juga, slow2 ler saya cabut ketempat lain... Ada dua bilik yang berkunci rapat.... Kata Pak Gad (Hj. Molyana... nak panggil Moly ke Yana..?) dia belum pernah membuka bilik2 tu sepanjang masa bekerja di situ, tak tahu apa ada kat dalam... jeng jeng jeng... Saya cuba intai kat celah bawah pintu, tapi cuma nampak sawang jer... tak berani nak tenung lama-lama, nanti ada pulak yang tenung balik... kwang kwang kwang.....

Siang malam pulun buat drawing, sampai malas nak buka blog sendiri.... Merayau keblog-blog lain lagi la tak masuk akal.. Akhirnya siap juga la beberapa hari sebelum tender date. Perghh... urat belikat ku jadi tegang macam dawai mata punai... tengkuk ku keras macam kayu tembusu...
Dalam sibuk tu, sempat jugak saya balik ke Perlis 3 hari melawat keluarga sbb dah janji dgn mak & ayah.

Kut-kut nak jamu mata, saya tempelkan beberapa keping photo Istana Jugra ni.

Ini sebenarnya merupakan bahagian belakang istana (Fasa 3 pembinaan) Sekarang menjadi anjung masuk pelawat...
Pandangan serupa... tapi menyenget sikit...
Kawasan taman larangan, masa dolu-dolu....
Photo ni diambil dari dalam kawasan mahkamah istana. Di pintu gerbang tertulis `JALAN KECELAAN' dalam tulisan jawi. Pesalah akan dibawa melalui pintu gerbang ini.
Yang ini barulah tangga masuk utama (yang asal) ke Sotoh & seterusnya ke Balairong Seri... (Fasa 2 pembinaan)
Istana paling awal sekali yang didiami oleh Sultan Abdul Samad.(Fasa 1)
Kiri : Pintu masuk ke kamar Sultan Alaeddin & isteri2 baginda
Kanan : Ruang mahkamah, menuju ke dapur & lokap








Kiri : Salah satu dari laman dalam istana
Kanan : Balai mengadap istana fasa 3








Begini lah rupa sebahagian dari hasil `perjuangan' saya & rakan-rakan muda tuh...
"Plans & elevations dah siap boss!!!"... lebihkurang 20 elevations semuanya....
En.boss maaanyakkk suker ati... sebab utamanya... dia saja yang tahu....

4 comments:

Anonymous said...

ermmm.
hello.
can you send me the plan for istana jugra.
it's for my kerja kursus.
i really need it plsss...:)

kunadzri said...

Due to certain restriction in the office policy, I'm sorry to say that I can't simply send the drawing to you. But still your request can be fulfilled if you contact our office and talk to my superior. Just call 03-42565030 and ask for Nash.

May I at least know your name & what course work you're completing.

Anonymous said...

urmmm.
actually i'm lyn and i need it for my folio sejarah tingkatan 3.
actually, last month i went to istana jugra and i did ask for the plan but they dont have it.

apisp said...

bismillahirohmanirohim...
assalamualaikum...en.kunadzri
saya hafiz drpd Twintech International University College Of Technology...
(bachelor of architecture)
sy ingin bertanya berkenaan ISTANA JUGRA...pd semester ini sy perlu membuat research tentang subjek building conservation,jd sy & rakan2 memilih ISTANA JUGRA,pada 28/06/2010 kami telah pergi membuat lawatan di istana tersebut.jadi disini,sy meminta jasa baik en.kunadzri jikalau boleh membantu kami utk mendapatkan maklumat tentang istana tersebut seperti plan @ sebagai nya...mungkin kami akan fokus di sekitar bhgian surau,dapur surau & bilik tahanan.sy berharap en.kunadzri dpt memberi maklum balas kpd sy utk menjayakan research kami ini.en juga boleh maklum balas di email sy apisp_30@yahoo.com @ facebook (http://www.facebook.com/apisparchitect)...
sekian..assalamualaikum...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez