Wednesday, November 26, 2008

TUAH SANG WALIT

Tak pernah langsung terlintas di fikiran aku ni bahawa satu hari nanti aku akan melibatkan diri dalam proses pembinaan beberapa buah `condominium' untuk Sang Walit ( atau walet, atau seriti, swallow maupun swiftlet dalam bahasa oghang putihnya ), sejenis burung layang-layang yang amat berharga sekali sejak beberapa tahun yang lalu. Apa taknya... satu kilogram sarangnya yang telah siap diproses akan dijual sampai Rm6,000 hingga Rm10,000. Perghhh... aku rasa macam nak tukar profession pulak...

Bila boss aku suruh siapkan preliminary design untuk rumah sang walit (aku lebih gemar menamakannya Kondo Sang Walit...) terlopong kejap aku.
"Betul ke ni boss?"
"3-storey reinforced concrete structure building?"
"Okay... berapa buah semuanya boss?"

"Buat masa ni 4 buah dulu. Later on kalau sambutan baik, client nak bina 46 buah lagi...."

Makin terlopong aku di buatnya.... Pada perkiraan aku secara rambang, sebuah kondo sang walit tu akan menelan belanja sebanyak 1/2 juta ringgit.


Dahsyat juga sang walit ni... Amat bertuah sekali sehinggakan manusia sanggup bina rumah bertingkat yang sangat kukuh untuk menempatkan kaumnya. Pastu nak jaga dia bukannya senang pulak tuh... kira macam berlagak sikit ler sang walit nih... macam manja2 anak bongsu gitu... Paling dituntut sekali, kondo sang walit ni mesti aman damai, tak ada gangguan, terlindung dari angin & matahari terik, kalis hujan dan kalis cahaya terang. Suhu pulak mesti antara 26-29 darjah celcius. Kelembapan pulak dalam 80-90.


Kalau semua tuntutan tu tak diberi keutamaan, sang walit akan angkat sayap ke tempat lain. Begitu lah.... Kalau pasal duit, manusia sanggup buat apa saja. Untuk burung pun mereka sanggup bersusah payah membina bangunan bertingkat yang kukuh dan terlindung dari segala bahana alam maya.


Bertafakur kejap aku sambil membayangkan keluhan mangsa-mangsa bencana alam di merata-rata ceruk & sudut dunia ini. Tak lupa juga akan mereka-mereka yang dhaif & hidup melarat tanpa perlindungan dari segala bala bencana. Tak ada siapa pun ingin membina rumah untuk mereka. Sekadar teratak buruk pun tiada siapa yang mahu dirikan. Ya lah.. kalau bina pun, bukannya mendatangkan apa-apa keuntungan....gitu gamaknya...


Berbalik kita pada kisah sang walit yang bertuah tadi. Katanya sang walet ni memang menjanjikan pulangan yang amat lumayan pada pemiliknya. Selepas 5-6 tahun memilikinya, segala modal yang dilaburkan akan turun ke angka sifar dan keuntungan akan segera dikecapi. Katanya sang walit ni jenis burung yang setia. Sekali hinggap dia akan beranak pinak & bermastautin di situ hingga ke akhir hayat. Anak cucunya pun akan mewarisi habitat yang sama... Kalau nak dapatkan curriculum vitae sang walit nih, boleh la browse kat internet.


Klik sini kalo nak senang >>> walit o walit

Namun yang pastinya, setakat ini aku sangat-sangat la enjoy menyempurnakan segala apa yang perlu dalam menyelenggarakan proses pembinaan kondo sang walit. Architectural drawings untuk kelulusan dari jabatan-jabatan berwajib dahpun diselesaikan & diajukan ke pihak-pihak berkenaan. Sekarang ni kami cuma menunggu arahan seterusnya dari client. Kalau dah dapat green light, kami akan prepare tender drawings & construction drawings pula.

Sebenarnya senang saja nak design kondo sang walit nih... serupa macam kotak mancis yang ditebuk di kiri kanan dindingnya. Bahagian dalamannya kosong saja. Kotak-kotak kayu dipasang pada siling konkrit dan di sinilah sang walit dengan setianya `mencetak wang untuk pemiliknya'.

Sungguh tak ku sangka... nak submit rumah banglo kediaman manusia hanya perlu ajukan drawing pada 3 jabatan yang berkaitan saja, manakala submission untuk Kondo Sang Walit pula kena pergi berurusan dengan 8 jabatan!!

Bertuah sungguh jadi Sang Walit !!

Wednesday, November 19, 2008

PROJEK, BOS & KULI

Lepas satu, satu lagi projek datang...

Yang hairan tu, semuanya datang dalam keadaan yang agak kelamkabut. Semua client mahukan projek siap macam mee segera. Boss memang suka sangat la dapat projek macam ni. Lagi cepat site possession, lagi lebar senyum boss. Nanti kantong akan padat berisi. Makin cepat la boss kaya. Kalau aku berada dalam situasi boss, mungkin aku pun begitu jugak. Tapi, sayang seribu kali sayang... walaupun aku chief kat sini, aku masih lagi kuli boss, salah seorang yang menjadi mangsa keadaan. Aku terpaksa turun padang bersama-sama yang lain untuk merealisasikan kerja-kerja urgent yang agak tak masuk akal. Bukannya tak boleh diselenggarakan, tapi memandangkan kakitangan yang sedikit & `agak rapuh', aku terpaksa mengorbankan masa yang tersaaaangat la banyak di pejabat. Masyuk tu memang la masyuk, tapi dalam umur yang dah nak mencecah ke separuh abad ni, aku dah tak gemar lagi berlama-lamaan di pejabat. Rugi rasanya beli rumah kalau asyik menghabiskan masa kat pejabat saja... Dolu2 tu cerita lain....tidur kat pejabat pun tak jadi masaalah.

3 bulan solid kami dihujani dengan projek2 yang datang silih berganti. Semuanya nak disiapkan serentak, dalam masa yang amat singkat. Mula-mula tu sekolah rendah & menengah... dahpun under construction...

At the same time, muncul pulak projek perumahan kat Klang, dalam 200 unit semuanya. Yang ni memang paling dahsyat dalam sejarah. Dalam masa 2 bulan semua perkara kena siap...Mula-mula tu presentation drawings. Then rempit buat tender drawing untuk showhouse. Next, proceed with working drawing for submission to relevant authorities. This stage was considered to be the scariest part of the whole process. Several changes were made either by the client or by some other personels. Miraculously, we escaped through those hard moments...tanpa kecederaan parah....But I spent nearly 150 hours a month buat overtime!! Sendi tua ni bagai nak tercabut dibuatnya.

Siap saja submission, terus buat tender drawing. Tak payah tunggu approval... Memang sekarang ni macam tu. Projek jalan dulu, approval belakang kira... Punya la nak cepat... Akhirnya, segala-galanya beres pada 10 November lalu. Dalam 3 bulan bekerja, aku cuma cuti masa Raya saja. Itu pun nasib baik la boss tutup pejabat seminggu.

Ingatkan nak rileks habis-habisan... Rupa-rupanya kena siapkan pula another projek kalut... sebiji banglo kat Melaka. Masa diberi cuma seminggu saja untuk buat submission. Nasib baik.... beres jugak.

Tup-tup mai pulak lagi satu projek mee segera... kali ni lagi best... 4 bijik rumah 3 tingkat di Melaka untuk buat submission. Bukannya rumah orang, tapi rumah burung walit @ layang-layang. Interesting... my new encounter in the design business. Kalau ada masa nanti, aku nak abadikan tulisan tentang rumah burung walit ni.


  • Dalam kelamkabut tu sempat juga sambut raya kat opis....
  • hujung sekali tu boss aku.

Tuesday, July 1, 2008

ISTANA JUGRA 1905

Awal bulan Jun lalu en.boss bagi tugasan yg amat mencabar sekali pada saya & rakan-rakan muda kat opis.... kena buat projek building conservation. Actually bunyi tugasannya taklah susah sangat...lebihkurang macam ni la commandnya:-

"You all pergi Banting, ambil gambar Istana Jugra seberapa banyak yang dapat, then ukur seluruh building luar dalam sampai kepuncak atap. Lepas tu balik ofis, draw balik pelan & pandangan seluruh bangunan. Sebulan lagi diorang nak tender..."

Jawapan kami pun senang jugak laa... "Ok boss...!!"
Dalam hati lain pula jawapannya..."Gila apa? Satu bulan nak siapkan pelan istana?" Kalau semua kat ofis ni buat projek ni pun belum tentu habis..."

Sebenarnya en.boss tak tahu betapa besar & luasnya compound istana lama tu. Saya tahu yang dia tak tahu sebab dia tak tahu pun kat mana Jugra tuh... Since saya dah pernah kesitu masa ambil gambar masjid Jugra dulu, saya pun cerita la kat dia sikit2 tentang istana yang dah lama ditinggalkan `kesepian' tu...

Dia cuma cakap..."We try our best..." We tu maksud sebenarnya `korang'... Korang tu maknanya saya & 2 rakan muda remaja kat ofis ni... sorang baru setahun bekerja & sorang lagi sedang buat praktikal... What else can I say... just get it over with!! Nanti periuk nasi terbang pulak...

Akhirnya ke sana lah kami, 100 km away... Kereta ofis tak ada, so kereta saya la yang jadi mangsa. 4 kali ulang alik baru la habis mengukur.. itu pun macam orang pakai seluar compang campeng, tak sempurna... Photo pulak ada la dekat2 seribu `keping' digital...

Selingan....
Masa mengukur tuh, buat2 tak dengar la bunyi2 pintu tingkap terbuka tertutup... anggap saja dipukul angin lalu... hehehe... Ada gak bilik & ruang yang camera Nikon saya tu tak dapat nak fokus... camera lens hanya bergerak ke depan & belakang. Bila 3 atau 4 kali cuba tak boleh juga, slow2 ler saya cabut ketempat lain... Ada dua bilik yang berkunci rapat.... Kata Pak Gad (Hj. Molyana... nak panggil Moly ke Yana..?) dia belum pernah membuka bilik2 tu sepanjang masa bekerja di situ, tak tahu apa ada kat dalam... jeng jeng jeng... Saya cuba intai kat celah bawah pintu, tapi cuma nampak sawang jer... tak berani nak tenung lama-lama, nanti ada pulak yang tenung balik... kwang kwang kwang.....

Siang malam pulun buat drawing, sampai malas nak buka blog sendiri.... Merayau keblog-blog lain lagi la tak masuk akal.. Akhirnya siap juga la beberapa hari sebelum tender date. Perghh... urat belikat ku jadi tegang macam dawai mata punai... tengkuk ku keras macam kayu tembusu...
Dalam sibuk tu, sempat jugak saya balik ke Perlis 3 hari melawat keluarga sbb dah janji dgn mak & ayah.

Kut-kut nak jamu mata, saya tempelkan beberapa keping photo Istana Jugra ni.

Ini sebenarnya merupakan bahagian belakang istana (Fasa 3 pembinaan) Sekarang menjadi anjung masuk pelawat...
Pandangan serupa... tapi menyenget sikit...
Kawasan taman larangan, masa dolu-dolu....
Photo ni diambil dari dalam kawasan mahkamah istana. Di pintu gerbang tertulis `JALAN KECELAAN' dalam tulisan jawi. Pesalah akan dibawa melalui pintu gerbang ini.
Yang ini barulah tangga masuk utama (yang asal) ke Sotoh & seterusnya ke Balairong Seri... (Fasa 2 pembinaan)
Istana paling awal sekali yang didiami oleh Sultan Abdul Samad.(Fasa 1)
Kiri : Pintu masuk ke kamar Sultan Alaeddin & isteri2 baginda
Kanan : Ruang mahkamah, menuju ke dapur & lokap








Kiri : Salah satu dari laman dalam istana
Kanan : Balai mengadap istana fasa 3








Begini lah rupa sebahagian dari hasil `perjuangan' saya & rakan-rakan muda tuh...
"Plans & elevations dah siap boss!!!"... lebihkurang 20 elevations semuanya....
En.boss maaanyakkk suker ati... sebab utamanya... dia saja yang tahu....

Saturday, April 19, 2008

PROJEK SANA, PROJEK SINI

Bagi yang belum pernah melihat autoCAD drawing,
beginilah rupanya kerja-kerja membikin pelan-pelan bangunan di atas screen...
Kalau lama-lama tenung, mata pun naik pinar & berkaler-kaler jadinya....
Sahrulia & Kasawari mesti senyum tengok.....

Sengaja aku nak rakamkan kat sini kerja-kerja yang aku selenggarakan semasa menghibernasikan diri aku dari dunia blogging 3 minggu lepas. Aku bersyukur kerana Allah memberikan kesihatan & kekuatan fizikal & mental pada aku dalam tempuh tersebut. Kalau tidak, takkan mungkin akan dapat aku harungi situasi yang agak memeritkan itu.


Beberapa projek besar & kecil telahpun aku langsaikan di pejabat. Semuanya datang sekali gus. Geng sekerja kat opis pun cuma dua orang saja. Kedua-duanya pula baru setahun jagung bertugas, masih memerlukan tunjuk ajar dari aku. Kelamkabut kami bertiga menyiapkan kerja2 tersebut… tapi kira ok la, semuanya dah beres…!!


Ni la kerja2 yang aku maksudkan tuh..


(1) Sebuah sekolah menengah & sebuah sekolah rendah di satu tempat di Selangor. ( Kos binaan mencecah Rm 45 juta ) Apa yang aku kena buat? ( kena supervise & bikin sendiri )
>>>Menyediakan detail construction drawings (dalam autoCAD)
>>>Menyediakan Submission drawings to relevant authorities, eg. JabatanBomba & Majlis Perbandaran >>>Menyiapkan contract drawings untuk di dokumentasikan.


(2) Mixed development kat satu tempat di KL yang merangkumi Hotel, Condo, Office & segala macam mak nenek kat dalamnya…. Mempunyai 3 blok 33 tingkat. ( Kos binaan dianggarkan Rm 500 juta )
>>>Projek ini masih dalam peringkat `priliminary stage’.
>>>Jadi, kerja-kerja banyak pada Presentation Drawings & Block Model.
>>>Banyak perbincangan.... pot pet sana… pot pet sini…Ungkapan fevret masa ni ialah…URGENT, URGENT…
>>>Selalunya, dari pengalaman2 yang lepas, hanya 20% saja projek2 begini yang berjaya timbul kat muka bumi
>>>yang lain2 tu, tinggal lapuk kat atas kertas saja…
>>>Kalau projek ni menjadi kenyataan, maka akan kayaraya lah bos aku…aku ni macam biasa gak....
>>>Paling kuat pun bos akan bagi bonus lebih sikit dari biasa. Jadi kuli… gitu la…


(3) Dua buah Pusat Rawatan Kesihatan yang tak berapa mahal sangat ( lebih kurang 1 juta )
>>> Client asyik mesyuarat, datang opis bincang ngan aku & ubah layout saja….. bosan gak aku…


(4) Renovation sebuah rumah kawan bos aku yang kosnya alakadar ( tak sampai pun Rm 100 ribu )
>>>Kena sediakan drawings untuk submission to authorities.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Dah la kat opis sarat… balik rumah pula kena siapkan beberapa projek part-time yang tetiba saja datang menggoda…. Nak tolak rezeki datang menggolek, sayang pulak rasanya… Nak tak nak, terima jer ler….


(1) Sebuah rumah banglo member aku ( Kos anggaran Rm 180 ribu)
>>>Design, working drawings & preparation for submission to authorities


(2) Sebuah surau & sekolah tahfiz ( Kos lebihkurang Rm 250 ribu )
>>>Design, working drawings & preparation for submissin to authorities


(3) Renovation sebuah rumah teres baru dibeli dgn kos Rm 400 ribu. ( Kos renovation Rm 200 ribu )
>>>Design, working drawings & preparation for submission to authorities


Bila dijumlahkan semua kos projek2 kat opis & kat rumah tuh, aku dah langsaikan kerja hampir2 Rm 547 juta dalam masa 3 minggu..… perghhhhh…


Dalam satu hari aku kena mengadap autoCAD selama 8 jam kat opis & tambah lagi 4 hgga 5 jam kat rumah…. Memang patut la aku maafkan diri aku ni sebab tak dapat nak berblogging. Masa tak buat autoCAD aku isikan dengan kerja2 lain, mostly jadi drebar anak2 terutamanya di hujung minggu. Jadi drebar Mem tokey buku tu ada la sekali sekala. Yang banyaknya masa Pesta Buku berlangsung hari tu…..


Asyik design rumah orang jer...
Bilalah agaknya dapat aku design rumah sendiri....????



 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez